Wednesday, May 4, 2011

KEK COKELAT KUKUS.... AKU RINDU NAK BUAT KEK NI...

Kali ke-4 dalam hidup aku buat kek. Pertama kali aku buat untuk hari raya lepas. Kek pertama yang aku buat adalah kek marble. Dek kerana takut kek tu x menjadi, aku buat ianya dalam saiz yang kecil dengan menggunakan cup cake paper. Tak sangka pulak menjadi. Adunan pertama yang siap dimasak, disukan kepada abang dan emak bagi mendapatkan komen.
Komen mak, “sedap dik,”
“Tapi mak, macam garing lah. Mungkin lama sangat kot dalam oven tadi”, jawabku.
“ni  bukan garing dik oi, ni kira dah hangit”, balas si abang.
Berdesing jugaklah telinga aku dengar komen tulus dari abangku yang sorang ni. Tapi satu tray cup cake yang dikatakan hangit olehnya selamat masuk ke dalam perut beliau. Alahailah abang aku ni…
Minggu lepas aku telah diajak oleh teman serumahku untuk menghabiskan hujung minggu di rumah kedua orang tuanya di Rawang. Acap kali juga temanku ini mempelawa aku ke rumah orang tuanya, cuma masih tidak berkesempatan. Dikesempatan aku semasa mengunjung ke rumah temanku ini, memberikan aku peluang untuk memperlajari beberapa masakan daripada ibunya. Antara adalah Kek Kukus Coklat.
Berikut adalah bahan dan cara pembuatananyer:
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus / pasir
1/2 cawan susu pekat
(Bahan A ini haruslah dimasak bersama-sama diatas api yang kecil  dan sentiasa dikacau bagi memastikan kesemua bahan terlarut dan sebati serta tidak berketul. Setelah kesemua bahan telah sebati dan hancur bersama, biarkan sehingga sejuk). Hasilnya seperti ini:
campuran bahan A yang dimasak
Bahan B:
3 biji telur ayam
1 sudu esen vanila
(Bahan B perlulah dipukul bersama sehingga kembang. Terdapat petua yang telah diturunkan kepada aku semasa ingin menyiapkan adunan kuih ini. Bagi memastikan hanyir telur hilang semasa membuat kuih atau masakkan yang menggunakan telur, ”mata” @ lendir beku yang terdapat di dalam telur perlulah dibuang. Kedua-dua bahan ini dipukul sehingga kembang @ putih. Kemudian masukkan ke dalam bahan A yang telah disejukkan. Pukul Bahan A dan B sehingga sebati )

Bahan C
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabornat
(Campurkan kesemua bahan C dan kemudiannya diayak bersama-sama bagi mendapatkan tekstur kek yang lembuat dan ringan. Setelah itu, campurkan campuran bahan c ke dalam campuran bahan A dan B tadi sehingga sebati dan sekata.)
Adunan yang sebati (campuran bahan A, B dan C) kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas acuan mengikut kesukaan. Pastikan bekas acuan telah telah disapu dengan sedikit minyak bagi memastikan kek mudah dikeluarkan daripada bekas acuan kelak.
Panas dan didihkan air di dalam alat pengukus. Kukus adunan di dalam acuan selama 1 1/2 jam sehingga masak. Bagi mengelakkan kek menjadi lembab keranan titisan air, bekas acuan boleh di tutup dengan menggunakan aluminium foil (penggunaan aluminium foil memudahkan proses mengukus dan hasil kukus lebih cantik dan sekata)
sejukkan dan hiaskan mengikut kreativiti sendiri. Hasil kek yang sudah siap dikukus tidak dapat di paparkan ekoran aku dah tertido mase tu… mekasih cik laila sebab tolong tunggukan kek ni hari tu. (aku masuk tido sebab sok nak gerak awal ke tempat keje)

No comments: